PENGENALAN
TASKA TEMANKU adalah selaras dengan Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 - Peraturan-peraturan Taman Asuhan Kanak-kanak Komuniti 2007, Akta TASKA (pindaan) 2007 dan Akta Pusat Jagaan (pindaan) 2007
Ia menyediakan perkhidmatan perlindungan kepada kanak-kanak daripada semua bahaya termasuk jenis penyalahgunaan, penyeksaan, penderaan, diskriminasi dan eksplotasi
Penekanan khusus diberi kepada perkembangan sihat kanak-kanak dari segi fizikal,sosial, emosi dan mental dan dilengkapi dengan nilai dan sikap yang sesuai supaya mereka mempunyai haluan dan tujuan sebagai generasi dan pemimpin masa hadapan
Program dan aktiviti yang dijalankan adalah bertujuan mencegah dan mengurangkan kesan masalah sosial ke atas kanak-kanak serta menentukan penjagaan, perlindungan dan pendidikan terbaik untuk kanak-kanak.
Terdapat program-program akademik khas termasuk program bahasa inggeris (Cambridge), komputer, serta sains dan matematik asas juga diterapkan agar kanak-kanak memperoleh pengetahuan yang dapat dimanfaatkan seawal umur 6 bulan.
MATLAMAT UTAMA
* Menyediakan sebuah tempat yang selamat, bersih dan selesa untuk kanak-kanak.
* Menjaga kebajikan kanak-kanak dari segi keperluan asas, seperti kebersihan diri, makanan yang
seimbang, kesihatan fizikal, mental, emosi dan sosial
* Memberi pendidikan awal yang positif kepada kanak-kanak supaya menjadi insan yang berjaya pada
masa akan datang

MISI KAMI
* Menyediakan kemudahan pusat penjagaan anak-anak di tempat kerja dan dilengkapi dengan tenaga
pengasuh yang terlatih
* Menyediakan tempat jagaan yang selesa dan ceria..
* Menyediakan makanan yang seimbang dan berkhasiat.
* Menyediakan aktiviti terancang bersesuaian dengan umur kanak-kanak
pengasuh yang terlatih
* Menyediakan tempat jagaan yang selesa dan ceria..
* Menyediakan makanan yang seimbang dan berkhasiat.
* Menyediakan aktiviti terancang bersesuaian dengan umur kanak-kanak
VISI KAMI
* Meningkatkan produktiviti kakitangan melalui komitmen dan tumpuan kerja di samping mewujudkan konsep
budaya penyayang.
* Memantapkan institusi kekeluargaan dalam era globalisasi di kalangan kakitangan dengan kemudahan
kebajikan untuk anak kakitangan
budaya penyayang.
* Memantapkan institusi kekeluargaan dalam era globalisasi di kalangan kakitangan dengan kemudahan
kebajikan untuk anak kakitangan